Monday, August 17, 2009

Kisah isteri gersang

oleh : Jebat Aruna

Kisah ni berlaku time gua muda2 dulu. Masa tu gua memang rajin ikut member buat program2 cam motivasi2 ni. Gua follow jela. Sekali tu member gua dijemput buat program untuk budak2 skolah rendah kat Puchong. Gua follow je dalam 5, 6 orang.

Nak dijadikan cerita , dalam ramai2 member gua, gua jugak yang kena. Nak kata macho gua ingat yang lain lagi macho dari gua. Gua ni cukup2 makan ada la. Pengetua yang jaga budak2 tu pompuan , merangkap mak cik member gua rupanya. Gua pun baru tau time kitorang dah sampai sana.

Entah apa tarikan yang ada kat gua , mak cik yang dah beranak 4 tu boleh terberkenan ngan gua. Siot betul. Mula2 gua just wat steady jela. Nasib baik salah sorang guru kat situ yang gua panggil Kak Wan story smthing kat gua. Dalam tepon la. Pas gua ngan member2 dah balik, dia contact gua. Dia nak selamatkan gua dari jadi mangsa mak cik tu. Suspen gila gua time tu. Nak terkucil pun ada. Susah nak pecaya beb.

Mak cik tu budak2 situ panggil ‘Ibu’. Rupanya mak cik ni ada story tersendiri. Gua pun tau dari Kak Wan. Mak cik ni kengkonon time muda2 dulu nak kat orang lain, tapi kawin ngan orang lain. Kendian suami mak cik tu plak selalu pukul dia, tak bagi kasih sayang. Suka pow duit dia. Lebih kuang camtu la.

Gara2 tak cukup kasih sayang , mak cik ni jadi ‘lain’ bila kenal ngan dak2 muda cam member2 gua. Dia akan rapat, caring , selalu sms, col berjam2. Paling banyak dia akan mengadu kisah silam dia. Nangis2. Lama2 dia mula jadi ‘lain’. Mula nak perhatian macam special girlfriend. Umo da 50 , tapi nafsu cam 30.

Lu orang jangan ingat gua main2. Gua ni kira antara yang terselamat la sebab Kak Wan yang baik ati tu dah sound awal2. Itu pun kalo kantoi kompom dia kena pecat punya. Gua pun dah dapat hidu semua ni. Sikap dia tu memang semacam je gua tengok. Paling jauh , dia penah luah kat gua yang dia dah 5 tahun tak di’sentuh’. Apa maknanya tu? Huh.

Gua kesian beb ngan pompuan2 camnih. Sebab laki dah tak layan, dia pun gersang la. Mula nak cari luar. Mak cik tu jenis tudung labuh ngan jubah gua cakap lu, bukan main2. Kalo yang jenis kain belah peha, gua malas la nak story. Bab nafsu beb, iman lak lemah, benda2 camni senang sangat nak jalan.

Skarang dah bertahun2 kisah tu berlaku. Gua pun dah lost contact ngan Kak Wan tu. Ngan mak cik tu lebih2 lagi la. Gua pun tak tau la sape budak muda yang jadi mangsa mak cik gersang tu seterusnya. Gua doakan dia bertaubat la. Kesian anak2 dia yang comel2 tu.

1 comment: